Tuesday, January 20, 2009

Kesedaran Kita Terhadap Isu Palestin

Setelah 22 hari bumi Isra dihujani peluru-peluru yang menghancurkan hampir keseluruhan infrastruktur yang ada termasuk beribu-ribu jiwa yang tidak berdosa,maka berduyun-duyunlah bantuan yang kunjung tiba.Samada yang berbentuk bantuan perubatan,makanan dan bagi yang tidak mampu menyumbang pula hanya doa yang mampu dikirimkan.


Tetapi sedarkah kita,isu ini bukan hanya berlaku dalam tempoh serangan ini berlaku tetapi ia merupakan isu yang berpanjangan.Bumi Palestin telah lama dijajah,saudara kita disana telah lama menderita tetapi mengapa kita memerlukan sesuatu peristiwa berlaku barulah segala tindakan kita lakukan.Bantuan,boikot semuanya hanya untuk seketika tika isu ini menjadi tumpuan tetapi selepas ini ia akan kembali seperti biasa dilupakan oleh semua.

Bagi kita yang menyedari hakikat persaudaraan di dalam Islam patutkah ia berlaku kepada diri,bantuan dan boikot harus berpanjangan kerana hanya itu yang menunjukkan betapa pedulinya kita terhadap ummah.Takbir...