Sunday, January 10, 2010

HIMPUNAN RIBUAN UMAT

Malam ini berkesempatan menghadiri suatu majlis ilmu sempena kunjungan AL-ALLAMAH AD-DAI'E AL-MURABBI AL-HABIB UMAR BiN HAFIZ BiN SYEIKH ABU BAKAR BiN SALIM
AL-HUSAINI AL-HADRAMI ulamak besar Hadramaut,Yaman yang merupakan salah seorang dari keturunan AHLUL BAIT.Walaupun menempuh beberapa kesukaran untuk sampai ke destinasi yang agak jauh juga,iaitu Masjid Al-Falah USJ9 Subang Jaya akhirnya hasrat hati yang telah lama terpendam untuk mendengar secara langsung ungkapan-ungkapan mutiara dari ulamak hebat serta terkanal ini termakbul jua dengan izin Allah.Ribuan yang hadir bagi meraikan kehadirannya serta sudah pastilah ingin mengambil mutiara ilmu dari syeikh yang terkenal dengan kealiman serta keilmuannya sehingga memenuhi keseluruhan ruang masjid.



Ungkapan-ungkapan indah dengan penuh bersemangat menceritakan kepentingan mencintai rasulullah juga sunnah yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam mencintai kekasih Allah itu pasti meruntunkan setiap jiwa yang mendengarnya.Ramai hadirin yang menitiskan air mata kerana terkesan dengan apa yang diungkapkan oleh syeikh.

ribuan hadirin yang sedang khusyuk mendengar ungkapan mutiara dari al-habib

Latar Belakang al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz

Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya.Merupakan generasi ke 39 dari keturunan rasulullah S.A.W.

Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.

Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka

2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak.

3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zulhijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.

Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun.

Monday, January 4, 2010

Muhasabah Kehidupan

Entah apa yang ingin di cari dalam hidup ini...tatkala bersendirian diri ini sentiasa memikirkan betapa jauh sebuah perjalanan,perjalanan untuk mencari sebuah KEHIDUPAN.Adakala rebah di perjalanan tak terdaya untuk malawan segala onak dan duri.Itulah kehidupan,kesilapan dan dosa-dosa silam yang menghantui diri merupakan lumrah untuk menjadikan kita semakin matang bagi berdepan segala jenis cabaran yang mendatang,andai sudi mengakui diri hanyalah INSAN.Hamba tuhan yang serba kekurangan.

Maafkan diri ini wahai teman,andai dalam menempuh duri kehidupan untuk mencari sebuah kematangan,diri kalian ku bebankan pelbagai kesusahan mungkin juga sedikit gangguan.Terkadang malu kepada kalian,pada mata yang memandang...diri ini hamba tuhan yang tiada apa untuk dibanggakan melainkan sentiasa adanya penyesalan untuk terus ku lakukan perubahan demi perubahan.

Aku hanyalah hamba tuhan yang belajar dari kesilapan..Moga usia yang makin bertambah mematangkan diri untuk mengenal erti sebuah kehidupan agar aku tidak terleka dalam menuju sebuah destinasi yang masih jauh untuk kutempuhi.Muda hanya sekali bukan bererti waktu untuk berjoli tapi mencari bekalan untuk sebuah kehidupan(SHABAB AL-YAUM RIJAL AL-GHAD)..

P/S:tahun ni usia dah nak menjengah 23 tahun tapi masih banyak yang nak dicapai yang tak kesampaian.HIDUP ADALAH SUATU PERJALANAN.