Monday, June 27, 2011

Inilah Impianku..

Sudah lama ia menjadi impianku,sejak di bangku menengah lagi aku mengimpikannya,bukanlah kerana tidak berjiwa besar(kerana ingin membinanya awal) tetapi aku mengimpikan untuk membinanya kerana itulah yang dipelajari dan difahamiku,bait muslim @ bait dakwah yang menjadi impian.Bermula dari membuat pilihan sampailah kepada apa yang ingin aku isikan.Bukanlah cantik bak bidadari yang menjadi impian tetapi menjadi zaujah yang menyokong perjuangan juga ummmi untuk zuriat yang bakal menjadi teman,itulah sebuah impian..Jagalah akhlak dan peribadimu wahai zaujahku,kerana itulah yang akan membuatkanku terus menyintaimu.

Berkahwin awal walau diri yang masih serba kekurangan,tetapi itulah yang aku impikan sejak aku meletakkan sebuah angan-angan untuk membinanya kerana ku tahu diriku kan dilengkapkan oleh dirimu jua dirimu kan ku lengkapkan.Bila mengingatkan apa yang kan ku perolehi bila memenuhi tuntutan sunnah ini,ku sanggup tempuhi segala halangan dan jua cabaran,moga kan ku sentiasa dikuatkan kerana cabaran merupakan sebuah sunnah kehidupan.



Teringat waktu dibangku menengah lagi aku sudah mengimpikan bait yang ingin dibina,ciri-ciri zaujah yang aku ingini,doa sentiasa ku panjatkan agar dikabulkan impian ini sehingga sampailah ketentuan yang ditentukan tuhan untuk diriku,alhamdulillah...itulah ungkapan sebagai mengungkapkan ucapan syukur yang tidak terhingga diatas kurniaan ini.

Akhirnya,inilah masa untuk aku buktikan apa yang aku fahami dan yakini,membina bait muslim@dakwah yang sentiasa mengharapkan redha dan keberkatan dari illahi.Cabarannya sudah pastilah ada, kerana ini merupakan sunnah kehidupan..bukan mudah,tetapi aku mempunyai sebuah impian..

Buat zaujahku,syukran untuk segala-galanya...

Sunday, January 16, 2011

Melangkah untuk Menjadi Dewasa..

Sedar ataupun tidak masa untuk diriku berada di bumi tarbiah ini semakin menghampiri penghujungnya,5 tahun setengah merupakah suatu tempoh yang agak lama untuk mengecap segulung ijazah(lagi lama dari yang ambik medik 2,hu3)yang bakal melayakkan diriku untuk bergelar sebagai seorang USTAZ..

Aku pasrah dengan ketentuan tuhan(mencari hikmah disebalik ketentuan)walau dulunya selalu merungut dan mempertikai apa yang dah DIRIKU peroleh sepanjang berada disini.Selalu kan wujud perbandingan antara yang diriku perolehi disini dan sahabat-sahabat yang nun berada di universiti.Perbandingan terhadap suatu yang cukup bernilai bagi seorang penuntut iaitu ILMU itu sendiri...Mungkin juga kerana kaki ini pernah menginjak di bumi taman ilmu dan budi walau dalam tempoh yang singkat juga merasai pengalaman mendapatkan ilmu dari pensyarah-pensyarah pengajian diplomaku memunculkan kecemburuan itu..

Salahkah diriku,kerana menyedari aku seorang bakal ustaz yang memerlukan ilmu yang tidak sahaja untuk berdepan si anak bahkan menjangkaui ibu dan bapak si anak.Salahkah aku andai kecemburuan itu timbul kerana menyedari hakikat diri sebagai seorang bakal ustaz,andai apa yang didapati hanya ilmu yang diajarkan di bilik-bilik kuliah bersediakah diriku untuk berada di arena masyarakat.Aku adalah diriku,diajar menjaga amanah ilmu,diajar untuk mengambil tahu,diajar untuk memberi sesuatu..

Aku belajar untuk melihat siapakah diriku pada masa hadapan,aku memerlukan suatu bekalan untuk mengharungi masa yang penuh cabaran,antara bekalan utama bagi diri yang bergelar ustaz itu ialah ILMU..

Aku belajar untuk menjadi dewasa,bertatih sambil berlatih..masa untuk berdepan realiti sudah menghampiri,moga aku bersedia untuk hidup sebagai manusia(manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian)yang hidup tidak hanya untuk dirinya..

Monday, November 1, 2010

Dimana Letaknya Kita

Sudah lama tak menulis entah ape yang disibukkan,seringkali pelbagai alasan diutarakan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan dengan mudah,hakikatnya malaslah alasan yang paling sohih..Andai sibuk dijadikan alasan,nabi jauh lebih sibuk darimu dalam pedulinya terhadap ummah,tapi lihatlah sunnah kehidupannya cukup teratur,dalam romantisnya melayan zaujah tercinta,sayangnya terhadap anak dan cucu,hebatnya dalam memimpin ummah,kita???letaknya dimana,isteri???anak-anak??? kepimpinan negara???jauh sekali.

Sesekali bermuhasabah,dimana letaknya kita...berpenat dalam sedikit pengorbanan masih berkira,ruang yang cukup banyak untuk berbicara perkara yang sia-sia,peribadi banyak yang cela..terkadang terasa malu untuk meletakkan diri sebagai hamba yang esa,juga sebagai ummat kekasihnya,andai dilihat noda yang terpalit pada diri yang hina,layakkah diri ini mengimpikan syurga,andai dibandingkan dengan mereka..segala-galanya dikorbankan untuk agama.

Sunday, August 1, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

sumber:http://alimaz.blogspot.com/

Sunday, July 25, 2010

Berjalan-jalan Melihat Alam

Firman Allah taala BERMAKSUD "iaitu orang yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri,duduk atau berbaring dan mereka yang memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"wahai tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia,maha suci engkau,maka peliharalah kami dari siksaan api neraka".(ali imran:191).Ayat ini sentiasa mengingatkan diriku akan perbezaan pernilaian atau kayu ukur dalam menikmati keindahan alam ciptaan tuhan,banyaknya manusia yang hanya melihat cantiknya alam akan tetapi hanya beriman melihat hebatnya ciptaan tuhan.Inilah kelompok yang disifatkan pencipta sebagai ulul albab.Sentiasa berfikir dan terus berfikir,untuk dekatnya dia dengan yang maha mencipta.

Semalam berkesempatan untuk ke gua tempurung dan merupakan pengalaman pertama mengembara di dalam gua,subhanallah...sungguh teruja melihat betapa indahnya alam ciptaan tuhan.


pemandangan luar gua tempurung







bersama kat






bersama piee

disebalik kegelapan

Friday, July 23, 2010

Tuntutan Masa

Disebalik menjalani praktikum yang sentiasa memenatkan SEBABNYA... sekolah yang jauh,kerja yang banyak dan nak melayan kerenah putera-puteri harapan bangsa adakala kita perlu mencari peluang dan ruang untuk melayan perasaan sendiri.Terkadang tak mampu nak menahan kemarahan apabila berada di kelas almaklum walaupun memahami jiwa kanak-kanak memang sentiasa ceria dan bermain merupakan salah satu medannya tetapi bila mengajarnya tidak diberi perhatian dan kecohnya keadaan membuatkan diri terfikir salahku atau salah mereka.Mungkin kaedah atau pendekatan yang diguna tidak bersesuaian atau mereka yang terlebih mainnya...

Cabaran yang cukup besar untuk diriku mengajar si cilik ini,tetapi sesekali memuhasabah diri,inilah dia tugas yang bakal ku pikul tidak lama lagi...mendidik si cilik yang bakal mewarnai dan melakarkan potret generasi,andai salah didikannya maka bersedialah untuk melihat rosaknya sebuah generasi,besarnya amanah ini.

Persiapkanlah diri sebaiknya,tugas ini bukan untuk mereka yang melihat pendidikan sebagai medan terakhir andai tiadanya pilihan kerja atau untuk mengelakkan menganggur apabila tamatnya pengajian nanti tetapi inilah medan untuk seorang yang ingin menyumbang,mendidik bukan sekadar mengajar..

Tatkala dunia dilanda lahirnya kelompok manusia yang hanya menyesakkan keadaan dan mengotorkannya,disinilah letaknya sebuah harapan untuk melihat lahirnya sebuah generasi impian untuk merubah suasana dan keadaan...besarnya amanah kita sebagai bakal guru,tatkala melayu yang dah layu hanya pendidikan yang berteraskan islamlah penyelamatnya.

Wednesday, April 28, 2010

Selesai Segera Masalah Beg Sekolah Berat

Sekali lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan pihak berkuasa pendidikan supaya menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan bertajuk School Bag Load and Its Effect on Erector spinae Muscle and Low Back Pain Among Primary School Children in Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) January 2005) kepada Kementerian Pelajaran yang mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.

Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya, mendapati sehingga 58.3% daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan dengan beban yang berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15% daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal kesihatan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam membawa beban pada bahagian belakang mereka. Kanak-kanak sekolah yang lebih muda juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka. Penemuan ini selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.

Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.

Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200 pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40% daripada mereka membawa beg sekolah yang lebih daripada 20% atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka sendiri. Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya melebihi 10% daripada berat kanak-kanak.

Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah belakang dan kecacatan spina. Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan sistem musculo-skeletal.

Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini. Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.


SM Mohamad Idris,

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.