Sunday, January 16, 2011

Melangkah untuk Menjadi Dewasa..

Sedar ataupun tidak masa untuk diriku berada di bumi tarbiah ini semakin menghampiri penghujungnya,5 tahun setengah merupakah suatu tempoh yang agak lama untuk mengecap segulung ijazah(lagi lama dari yang ambik medik 2,hu3)yang bakal melayakkan diriku untuk bergelar sebagai seorang USTAZ..

Aku pasrah dengan ketentuan tuhan(mencari hikmah disebalik ketentuan)walau dulunya selalu merungut dan mempertikai apa yang dah DIRIKU peroleh sepanjang berada disini.Selalu kan wujud perbandingan antara yang diriku perolehi disini dan sahabat-sahabat yang nun berada di universiti.Perbandingan terhadap suatu yang cukup bernilai bagi seorang penuntut iaitu ILMU itu sendiri...Mungkin juga kerana kaki ini pernah menginjak di bumi taman ilmu dan budi walau dalam tempoh yang singkat juga merasai pengalaman mendapatkan ilmu dari pensyarah-pensyarah pengajian diplomaku memunculkan kecemburuan itu..

Salahkah diriku,kerana menyedari aku seorang bakal ustaz yang memerlukan ilmu yang tidak sahaja untuk berdepan si anak bahkan menjangkaui ibu dan bapak si anak.Salahkah aku andai kecemburuan itu timbul kerana menyedari hakikat diri sebagai seorang bakal ustaz,andai apa yang didapati hanya ilmu yang diajarkan di bilik-bilik kuliah bersediakah diriku untuk berada di arena masyarakat.Aku adalah diriku,diajar menjaga amanah ilmu,diajar untuk mengambil tahu,diajar untuk memberi sesuatu..

Aku belajar untuk melihat siapakah diriku pada masa hadapan,aku memerlukan suatu bekalan untuk mengharungi masa yang penuh cabaran,antara bekalan utama bagi diri yang bergelar ustaz itu ialah ILMU..

Aku belajar untuk menjadi dewasa,bertatih sambil berlatih..masa untuk berdepan realiti sudah menghampiri,moga aku bersedia untuk hidup sebagai manusia(manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian)yang hidup tidak hanya untuk dirinya..

1 comment:

Bazz Rianne said...

*entry ni mmg bg teringat zaman memula masuk..mmg bertatih.tp
dun worry azuan..u do great!
tahniah