Monday, June 27, 2011

Inilah Impianku..

Sudah lama ia menjadi impianku,sejak di bangku menengah lagi aku mengimpikannya,bukanlah kerana tidak berjiwa besar(kerana ingin membinanya awal) tetapi aku mengimpikan untuk membinanya kerana itulah yang dipelajari dan difahamiku,bait muslim @ bait dakwah yang menjadi impian.Bermula dari membuat pilihan sampailah kepada apa yang ingin aku isikan.Bukanlah cantik bak bidadari yang menjadi impian tetapi menjadi zaujah yang menyokong perjuangan juga ummmi untuk zuriat yang bakal menjadi teman,itulah sebuah impian..Jagalah akhlak dan peribadimu wahai zaujahku,kerana itulah yang akan membuatkanku terus menyintaimu.

Berkahwin awal walau diri yang masih serba kekurangan,tetapi itulah yang aku impikan sejak aku meletakkan sebuah angan-angan untuk membinanya kerana ku tahu diriku kan dilengkapkan oleh dirimu jua dirimu kan ku lengkapkan.Bila mengingatkan apa yang kan ku perolehi bila memenuhi tuntutan sunnah ini,ku sanggup tempuhi segala halangan dan jua cabaran,moga kan ku sentiasa dikuatkan kerana cabaran merupakan sebuah sunnah kehidupan.



Teringat waktu dibangku menengah lagi aku sudah mengimpikan bait yang ingin dibina,ciri-ciri zaujah yang aku ingini,doa sentiasa ku panjatkan agar dikabulkan impian ini sehingga sampailah ketentuan yang ditentukan tuhan untuk diriku,alhamdulillah...itulah ungkapan sebagai mengungkapkan ucapan syukur yang tidak terhingga diatas kurniaan ini.

Akhirnya,inilah masa untuk aku buktikan apa yang aku fahami dan yakini,membina bait muslim@dakwah yang sentiasa mengharapkan redha dan keberkatan dari illahi.Cabarannya sudah pastilah ada, kerana ini merupakan sunnah kehidupan..bukan mudah,tetapi aku mempunyai sebuah impian..

Buat zaujahku,syukran untuk segala-galanya...

Sunday, January 16, 2011

Melangkah untuk Menjadi Dewasa..

Sedar ataupun tidak masa untuk diriku berada di bumi tarbiah ini semakin menghampiri penghujungnya,5 tahun setengah merupakah suatu tempoh yang agak lama untuk mengecap segulung ijazah(lagi lama dari yang ambik medik 2,hu3)yang bakal melayakkan diriku untuk bergelar sebagai seorang USTAZ..

Aku pasrah dengan ketentuan tuhan(mencari hikmah disebalik ketentuan)walau dulunya selalu merungut dan mempertikai apa yang dah DIRIKU peroleh sepanjang berada disini.Selalu kan wujud perbandingan antara yang diriku perolehi disini dan sahabat-sahabat yang nun berada di universiti.Perbandingan terhadap suatu yang cukup bernilai bagi seorang penuntut iaitu ILMU itu sendiri...Mungkin juga kerana kaki ini pernah menginjak di bumi taman ilmu dan budi walau dalam tempoh yang singkat juga merasai pengalaman mendapatkan ilmu dari pensyarah-pensyarah pengajian diplomaku memunculkan kecemburuan itu..

Salahkah diriku,kerana menyedari aku seorang bakal ustaz yang memerlukan ilmu yang tidak sahaja untuk berdepan si anak bahkan menjangkaui ibu dan bapak si anak.Salahkah aku andai kecemburuan itu timbul kerana menyedari hakikat diri sebagai seorang bakal ustaz,andai apa yang didapati hanya ilmu yang diajarkan di bilik-bilik kuliah bersediakah diriku untuk berada di arena masyarakat.Aku adalah diriku,diajar menjaga amanah ilmu,diajar untuk mengambil tahu,diajar untuk memberi sesuatu..

Aku belajar untuk melihat siapakah diriku pada masa hadapan,aku memerlukan suatu bekalan untuk mengharungi masa yang penuh cabaran,antara bekalan utama bagi diri yang bergelar ustaz itu ialah ILMU..

Aku belajar untuk menjadi dewasa,bertatih sambil berlatih..masa untuk berdepan realiti sudah menghampiri,moga aku bersedia untuk hidup sebagai manusia(manusia yang diciptakan sebaik-baik kejadian)yang hidup tidak hanya untuk dirinya..