Sunday, April 12, 2009

Kem Bestari Solat

Dalam kesibukan melaksanakan asignment dan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan(demam dan batuk,hu3) diri ini masih sempat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan di institut iaitu sebagai salah seorang fasilitator untuk Kem Bestari Solat.


Kem ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 10-12 April dan melibatkan hampir 150 orang pelajar yang merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar daerah Hulu Langat dan Sepang.

Melihatkan wajah-wajah ceria budak-budak sekolah rendah ini,hilang segala kepenatan dan terlupa segala tugasan yang terbeban dibahu.




keceriaan tergambar pada wajah mereka

Kebanyakan pelajar yang mengikuti Kem Bestari Solat ini adalah merupakan pelajar dari tahun 6 dan setiap fasilitator akan dipertanggungjawabkan untuk membimbing 2 orang pelajar.Dan saya dipertanggungjawabkan untuk membimbing dua orang pelajar lelaki tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Dengkil,Azhar dan juga Safwan.

dari kiri safwan,saya dan azhar

Di sebalik keceriaan wajah mereka,terdetik kegusaran dihati ini,mereka berdua sudah berada di tahun 6 dan bakal menjengah ke alam sekolah menengah tetapi sebahagian rukun solat yang merupakan asas kepada kehidupan beragama masih tidak dikuasai.Dari sudut penguasaan rukun solat,terutamanya rukun qauli Azhar lebih banyak menguasai berbanding Safwan,tetapi...dari sudut perlaksanaan solat sebaliknya.Safwan disebabkan tinggal di asrama katanya,dia tidak meninggalkan solat,sebaliknya Azhar banyak pula waktu ditinggalkanya,bila ditanya...''ibu saya pun tak solat juga ustaz,cuma ayah je yang solat"Azhar mengungkap kata-kata.


Diri ini terfikir,siapakah yang harus dipersalahkan,institusi pendidikan kita yang mengutamakan pencapaian akedemik yang mengkensampingkan pendidikan agama atau ibu bapa yang lebih mengutamakan kehidupan berasaskan meterialisme.Tepuk dada tanyalah iman.

Walaubagaimanapun,penyertaan diri ini sebagai fasilitator banyak memberi pengajaran dan peringatan,jalan yang bakal ditempuh sebagai seorang guru pada masa akan datang jauh lebih sukar di dalam mendidik anak bangsa yang semakin hari semakin mengetepikan kehidupan yang berteraskan agama.Jadi persiapkanlah wahai diri kerana kau telah memilih jalan ini,jalan yang pernah dilalui oleh para nabi,mendidik manusia untuk menjadi manusia..

bersama akh Ahmad Asyraf guru pelatih KPLI lulusan Jordan

No comments: