Tuesday, October 13, 2009

SOAL HATI...

Alangkah susahnya mendidik hati..sedangkan ia adalah tempat jatuhnya pandangan tuhan..menjadi wadah rebutan antara malaikat dan syaitan,bila dipuji sombong menghiasi diri,bila diuji pencaci dibenci berdendam sampai mati..didiklah hati menuju jalan kebenaran demi mencari redha illahi...
Antara untaian meseg yang dikirimkan sahabat yang cukup bermakna dan memberi kesan terhadap diri ini.Hati tempat jatuhnya pandangan tuhan cukup menyedarkan diri untuk sentiasa mendidik jiwa agar sentiasa memelihara suatu nikmat yang cukup berharga.

sabda nabi saw:
"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati."Muttafaq 'Alaih, dari Nu'man bin Basyir, yang merupakan bagian daripada hadith, "Yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas"

Itulah hakikat hati yang perlu sentiasa dibajai agar tidak dihinggapi pelbagai kotoran yang yang akhirnya memalitkan diri dengan riak,ujub,takbur,sum'ah dan pelbagai penyakit yang zahirnya tidak kelihatan akan tetapi hakikatnya ia membarah dalam diri dan merosakkan peribadi seseorang individu muslim.

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu." Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a.

Bagi individu yang secara langsung menginfakkan diri untuk terlibat di dalam amal islami dan amal jamie sifat ini juga memberi kesan langsung tehadap intimaknya seseorang individu terhadap jamaah.Bagaimana keadaan diri apabila cadangan yang dikemukakan tidak diterima oleh pimpinan,ingin menonjolkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan,memandang rendah pada individu lain dan banyak lagi yang juga merupakan persoalan yang berkaitan dengan hati dan sekiranya tidak dirawat akhirnya membawa kepada futur dan yang lebih memburukkan keadaan apabila berpaling arah dan akhirnya menjadi musuh kepada jamaah itu sendiri.

Inilah realiti dan hakikat yang berlaku pada hari ini,apabila kepimpinan dikritik dengan mengetepikan adab-adab dalam berjamaah,perbezaan pendapat yang tidak diraikan dan hakikat ini jelas bukan berlaku dalam kalangan ahli biasa, bahkan melibatkan mereka-mereka yang telah melalui proses tarbiah yang berterusan.

Betapa besarnya persoalan yang berkaitan hati...tempat jatuhnya pandangan tuhan yang maha pencipta,hakikatnya hati ini adalah miliknya dan kepadanya segala pengharapan agar hati yang sifatnya mudah untuk berbolak balik, juga mudah terkesan dengan segala noda ini tetap thabit untuk meletakkan jalan iman sebagai landasan dan seterusnya proses tazkiah nafsiah merupakan suatu agenda berterusan yang seharusnya menjadi keutamaan kepada setiap individu muslim dan tidak dapat tidak bagi susuk peribadi yang secara langsung terlibat dengan jamaah islam.

No comments: