Saturday, April 25, 2009

Buku...Buku...dan Buku

Kehidupan ini merupakan sebuah perjalanan,perjalanan yang perlu diisi agar tidak sia-sia waktu yang dikurniakan tuhan.Antara pengisian yang paling utama ialah mendalami ilmu dan dengan ilmulah manusia mengenal tuhannya.salah satu wasilah untuk mendapatkan ilmu ini ialah melalui pembacaan dan buku adalah merupakan sumbernya yang paling utama.

Entah sejak bila diri ini mula mempunyai minat dan kecenderungan untuk membaca,bukan setakat mempunyai minat tetapi mempunyai kegilaan yang begitu ketara bila melihat pelbagai jenis buku apabila menghadiri kedai-kedai buku ataupun pesta buku.

Pada tahun ini aku masih berkesempatan untuk menghadiri PESTA BUKU ANTARABAGSA,rasanya dah kali ketiga sempat meluangkan masa sejak berada di ipt ni.

Untuk pesta buku pada kali ini,perancangan awalnya untuk tidak mengunjunginya sebab untuk semester ni budget untuk beli buku memang terhad(dah la kena tambah bayaran rm300 untuk pergi umrah)dan berada di tahap pokai walaupun hati meronta-ronta berkeinginan untuk pergi, bila melihat ramai kawan-kawan yang dah mengunjunginya.

Mungkin dah rezeki kot...walau dalam keadaan kewangan yang tenat dan merunsingkan,hati ini tergerak juga untuk pergi ke pesta buku antarabangsa pada kali ini setelah menerima ajakan kawan petang semalam dan dengan membonceng motosikal(fisrt time kat badaraya kl ngan motor sendiri,mendebarkan...).

Untuk pesta buku pada kali ini hanya dapat beli buku 3 buah je(hu3,sedihnya)dengan budget Rm50 yang kebiasaanya bila menghadiri PESTA BUKU ANTARABANGSA ni paling kurang pun budgetnya Rm 100.

Pe pun kepuasan menghadiri pesta buku terubatlah jua walaupun hanya sekadar dapat membeli 3 buah buku dan hanya melihat sahaja beberapa buah buku yang teringin untuk dibeli.Segala kesyukuran dipanjatkan kepadaMU illahi kerana kesempatan yang diberikannya(memang tak rasa dapat pergi pun PESTA BUKU ANTARABANGSA pada kali ni)..

Sunday, April 12, 2009

Kem Bestari Solat

Dalam kesibukan melaksanakan asignment dan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan(demam dan batuk,hu3) diri ini masih sempat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan di institut iaitu sebagai salah seorang fasilitator untuk Kem Bestari Solat.


Kem ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 10-12 April dan melibatkan hampir 150 orang pelajar yang merupakan pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar daerah Hulu Langat dan Sepang.

Melihatkan wajah-wajah ceria budak-budak sekolah rendah ini,hilang segala kepenatan dan terlupa segala tugasan yang terbeban dibahu.




keceriaan tergambar pada wajah mereka

Kebanyakan pelajar yang mengikuti Kem Bestari Solat ini adalah merupakan pelajar dari tahun 6 dan setiap fasilitator akan dipertanggungjawabkan untuk membimbing 2 orang pelajar.Dan saya dipertanggungjawabkan untuk membimbing dua orang pelajar lelaki tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Dengkil,Azhar dan juga Safwan.

dari kiri safwan,saya dan azhar

Di sebalik keceriaan wajah mereka,terdetik kegusaran dihati ini,mereka berdua sudah berada di tahun 6 dan bakal menjengah ke alam sekolah menengah tetapi sebahagian rukun solat yang merupakan asas kepada kehidupan beragama masih tidak dikuasai.Dari sudut penguasaan rukun solat,terutamanya rukun qauli Azhar lebih banyak menguasai berbanding Safwan,tetapi...dari sudut perlaksanaan solat sebaliknya.Safwan disebabkan tinggal di asrama katanya,dia tidak meninggalkan solat,sebaliknya Azhar banyak pula waktu ditinggalkanya,bila ditanya...''ibu saya pun tak solat juga ustaz,cuma ayah je yang solat"Azhar mengungkap kata-kata.


Diri ini terfikir,siapakah yang harus dipersalahkan,institusi pendidikan kita yang mengutamakan pencapaian akedemik yang mengkensampingkan pendidikan agama atau ibu bapa yang lebih mengutamakan kehidupan berasaskan meterialisme.Tepuk dada tanyalah iman.

Walaubagaimanapun,penyertaan diri ini sebagai fasilitator banyak memberi pengajaran dan peringatan,jalan yang bakal ditempuh sebagai seorang guru pada masa akan datang jauh lebih sukar di dalam mendidik anak bangsa yang semakin hari semakin mengetepikan kehidupan yang berteraskan agama.Jadi persiapkanlah wahai diri kerana kau telah memilih jalan ini,jalan yang pernah dilalui oleh para nabi,mendidik manusia untuk menjadi manusia..

bersama akh Ahmad Asyraf guru pelatih KPLI lulusan Jordan

Wednesday, April 8, 2009

AKU DAN BUKIT GANTANG

Setelah hampir berbulan-bulan dari tarikh kekosongan parlimen Bukit Gantang disebabkan kembalinya ahli parlimen yang dikasihi YB.HJ Roslan Shahrom ke rahmatullah maka pada saat dan ketika ini 7 April 2009 rakyat yang diberikan hak sekali lagi untuk memilih calon pilihan maka buat kesekalian kalinya mereka telah menyatakan sokongan mereka terhadap Parti Islam Semalaysia(PAS).Bagi PAS dan Pakatan Rakyat ia menjadi penentu kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang sah di negeri Perak.

Apa yang menariknya menurut laporan buletin utama tv3 9-04-2009 peningkatan sokongan kepada pembangkang dalam kalangan non-melayu menunjukkan mereka ini tidak terkesan dengan isu yang dimainkan oleh Barisan Nasional(BN) itu tetapi amat malang bagi golongan Melayu pula setelah dimomokkan dengan isu penderhakaan dan isu ketuanan melayunya
maka bergelimpangan orang-orang melayu rebah dek kerana kelesuan dan kebodohan pemikirannya.Melayu oh Melayu...
Apa lagi yang mampu dilakukan untuk menyedarkan bangsaku.
Ada juga yang membanggakan kerana sokongan golongan muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat secara umumnya dikatakan meningkat.Tahniah golongan seangkatanku..

Tahniah diucapkan buat YB.IR.Nizar Jamaluddin kerana sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat,rakyat telah menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Menteri besar yang dipilih secara sah dan laksanakanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadamu.

Apa pun ekpedisi merentas lebuhraya sebagai menunjukkan sokongan kepada perjuangan islam pada hari penamaan calon lalu membuatkan diri ini merasa puas dek kemenangan yang telah dikurnakan Allah.TAKBIR3...ALLAHUAKBAR