Saturday, April 10, 2010

Pengalaman Mengajar Bagi Yang Belajar..

Setelah sekian lama menyepi dari menulis,malas atau mungkin sibuk dijadikan alasan yang cukup sinonim untuk mendefinasikan malas dalam bentuk yang lain.Walau apa pun,penulisan yang ku titipkan adalah sekadar untuk meluah apa yang terbuku di dada yang kadang-kadang hanya difahami oleh empunya diri mungkin juga sedikit sebanyak untuk dikongsi bersama yang sentiasa sudi mengambil manfaat dari siapa sahaja walau dari diri yang serba kekurangan ini.

Tulisan kali ini hanya ingin berkongsi atau sekadar meluah sedikit pengalaman berpraktikum buat kali pertama selama sebulan di sekolah yang hanya berbaki seminggu sahaja lagi.Selama 3 minggu berada di sekolah,rasanya banyak sungguh yang dipelajari bukan sahaja pengalaman mengajar,pengalaman berintraksi dengan guru-guru juga pengalaman berhadapan dengan anak-anak didik yang pelbagai ragam yang kadang-kadang amat memeningkan kepala,hu3.



Bila berbicara mengenai anak-anak didik yang diajar,terkadang membuatkan diriku tersenyum,pelbagai ragam yang memeningkan kepala tetapi kepelbagaian watak inilah yang mampu memberi seribu pengajaran juga motivasi buat bakal guru sepertiku untuk meningkatkan keupayaan diri juga untuk lebih bersedia apabila menjadi guru yang sebenar nanti..Bila teringat hari-hari pertama berada di sekolah,betapa kekoknya untuk berkomunikasi menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan si anak didik walau mengajar darjah 4,sedangkan sebelum ini dah terasa bahasa yang digunakan cukup mudah tetapi bila berdepan realiti mengajar yang sebenar,terkeluar perkataan yang sukar untuk difahami si anak didik menyebabkan mereka kebingungan..benarlah sabda nabi yang bermaksud:bercakap dengan seseorang dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh mereka.

Nesha(kiri)dan juga Aisyah(kanan)pelajar tahun 5 yang ceria

Pengalaman berpraktikum ini juga mengajar untuk diriku menggunakan suara yang kuat ditempat yang betul...he3,bila masuk mengajar budak-budak yang tidak mahu belajar inilah kaedah yang betul untuk mengawal kelas..kadang-kadang terpaksa meraung sekuat mungkin untuk mendiam juga mendisiplinkan mereka.Kadang-kadang diperli oleh ustazah-ustazah senior,kerana dikatakan suara yang agak halus dan lembut..malu betul,tetapi kita pulak dah rasa menggunakan suara sehabis kuat..teringat juga pada sahabat-sahabat muslimat yang bersuara halus yang kadang-kadang tidak kedengaran semasa membuat presentation di dalam kelas,bagaimana la melalui keadaan sebegini(xnk bagi contoh sape2,he3).



Tetapi pengalaman yang cukup bermakna ku rasakan dari berpraktikum adalah dapat mendampingi pelajar yang pelbagai ragam,mereka yang cukup suka apabila kita mengingati nama mereka semasa kita mengajar juga jika diberikan perhatian yang lebih berbanding rakan-rakan mereka yang lain.Wajah-wajah ceria tanpa noda yang mampu membuatkan diriku tersenyum walau kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan kenakalan mereka yang mampu menghilangkan kesabaran dan menaikkan darah.Hakikatnya,semua pelajar termasuklah yang bermasalah akan gembira apabila diberi perhatian oleh sang guru dan inilah merupakan kunci untuk untuk merubah diri mereka untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit dengan syarat guru tidak terlebih dahulu meletakkan pandangan negatif kepada mereka..

Aisyah yang ayu dengan tudungnya

Pengalaman berpraktikum pada kali pertama ini memberi cukup banyak pengalaman yang indah untuk diriku untuk melakukan persediaan bagi mendepani cabaran sebagai guru nanti...Kecemerlangan itu perlu(mandapatkan markah yang tinggi dari pensyarah yang menilai)tetapi apa yang lebih penting,kita belajar apa yang sepatutnya kita belajar.Bukan mudah untuk menjadi guru tetapi susah lagi untuk menjadi seorang pendidik..Sekian.

1 comment:

Bazzstary said...

upload ar gmbr rumah hantu..ni byk gambar murid perempuan je ni..haish..musykil=P

**terima kasih sudi berkhidmat di sekolah waktu kecilku..=)