Thursday, May 28, 2009

Selamat Bercuti...

Tulisan ini ditulis setelah diri ini menjejakkan kaki ke bumi tanah tumpah darah tercinta,bumi bertuah Serambi Mekah..negeri kelahiran dan kesayanganku Kelantan Darul Naim.Setelah berhempas pulas mendepani cabaran dan pahit getir sepanjang SEMESTER 3 dan akhirnya menghadapi saat-saat sukar iaitu menhadapi peperiksaan akhir semesta yang mencemaskan(terutamanya kertas Bahasa Arab,hu3).Kini tibalah saatnya untuk semester ini melabuhkan tirainya.Semester baru pula kan kunjung tiba.

Untuk semester yang bakal menjelma ni... aku begitu mengharapkan segala azam dan perancangan yang tak sempat untuk aku laksanakan(self planing) pada semester 3 yang lepas mampu untuk aku penuhi pada semester yang baru nanti.

Cuti tetap cuti...semoga cuti yang singkat ini dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya dan perancangannya ingin mengisi hard disk mindaku yang dah lama kosong ni dengan membaca beberapa buah buku yang dah lama dibeli tapi tak sempat-sempat nak dibaca.

Pe pun ku ucapkan selamat bercuti buat rakan-rakan seperjuangan,semoga pengisian diwaktu cuti ini bermanfaat dan dapat dikongsi bersama bila kita berada di bumi IPGM-KPI nanti.SEMOGA KITA BERTEMU LAGI DI SEMESTER BARU NANTI..

2 comments:

Bazzstary said...

samat bcuti ntok kamu juga

manfaatkanla ct ni ntok mghadapi semester 4 yg akn tbe...

jom stady arab!!

Noorsyahida said...

"perkara yang paling aku kesali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah"
~Ibn Mas'ud r.a~

hargai masa lapang sebelum masa sempit..
selamat bercuti..