Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Ibu..kau insan istimewa,segala yang kau korbankan untuk diri ini tidak dapat ku ungkapkan dengan kata,tidak dapat ku balas dengan apa jua yang terdaya.Hanya secebis ungkapan doa memohon agar diampunkan segala dosamu hanya itu yang mampu ku lakukan buatmu wahai ibuku.

Tahun ni dah 9 tahun dirimu meninggalkan abang,kak ngah,kak cik dan adik.Teringat di awal pemergiannmu,setiap hari kau hadir dalam mimpiku seolah-olah kau masih ada disisi kami adik-beradik.Mimpi itu soalah-olah mengubat segala kerinduan tatkala pemergianmu buat selama-lamanya.

Kadangkala pemergianmu ku rasakan terlalu awal,pemergian tanpa diduga...bukan kerana aku tidak dapat menerima ketentuan yang telah ditakdirkan tuhan tetapi pemergian yang tanpa sempat untuk aku memohon kemaafan,kampunan atas segala dosa-dosaku padamu ibu...aku sentiasa menangis sendirian tatkala mengingatkan kembali dosa-dosaku padamu.

No comments: